Posts

Showing posts from January, 2020

Hilang Berkat Dalam Hidup Kerana Selalu Ambil Hak Orang

Image
Kadang kita alpa dalam hidup ini sering melakukan kesilapan tanpa sedar. Merungut pada diri sendiri kenapa tidak pernah cuakup dalam hidup ini. Mungkin kita lupa atas perbutan kita sendiri rezeki kita tersempit. Kadang kita juga mungkin pernah mengambil hak orang tanpa sedar. Bila bicara soal hak orang lain, tak kira la kecil atau besar, benda tu tetap bukan kita punya. Maka haram kita ‘ceroboh’ dan guna tanpa kebenaran. Itulah yang saya pernah lalui. Satu hari tu kami singgah Mydin. Teringat nak beli pomade sebab yang lama dah habis. Terus tuju ke bahagian tu. Target nak ambil brand ni, tapi tak ada pulak. Terpaksa fikir semula nak ambil mana. Tiba-tiba surihati muncul di sebelah dan sama-sama pilih. Saya ambil satu jenama X, buka penutup dan bau. Dia pula ambil satu jenama Y, “Yang ni best bau dia. Tapi bukan pomade la.” Saya ambil dari tangannya dan hidu. “Betul. Sedap ni.”Saya tutup dan letak semula. Masih berkira-kira. Masa tengah fikir tu, tiba-tiba saya capa...

Pergilah Bersama Suami Jika Mengerjakan Haji, Di Sana Nanti Akan Rasa Bagai Bercinta Semula!

Image
Bagi yang belum pernah mengerjakan haji pasti tertanya-tanya bagaimanakah perasaan bila berada di sana. Tambahan pula andai pergi bersama suami, apa pula pengalaman menarik yang sering dirasai oleh jemaah haji sepanjang berada di bumi barakah. Katanya hubungan dengan pasangan semakin romantik, ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Siera Haiyi. So kawan-kawan..inilah dianya kerja haji ni. Mudah ke susah? Ada orang rezekinya mudah. Ada yang susah. Apapun kita terima saja apa Allah nak beri pada kita.Terima dengan sabar. Bak kata ustaz saya , “Haji ini kita kena set mind kita yang ianya TAK MUDAH. Kalau kita dah set mudah, nanti berlaku kesusahan kat sana kita akan frust. Tak redha dan hilang sabar” Dan saya pernah juga terbaca,“TIDAKLAH NAMANYA HAJI JIKA TIADA KESUSAHAN”. Jadi fahamlah kita yang haji ini bukan kerja mudah-mudah. Tapi tak mustahil untuk kita laksanakan kan? KORANG YANG BACA NI RASA PENAT TAK KERJA HAJI NI? So…Sebenarnya inilah antara MISSION be...

Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar

Image
“Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh dia belajar. Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya saya yang tension…” Itu luah yang kerap kita dengar daripada ibu-ibu mengenai anak yang malas belajar dan malas membuat kerja rumah. Kenapa budak malas belajar? Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan. Cara paling digalakkan dalam menumbuhkan semangat belajar anak yang malas adalah ibu dan ayah bergabung tenaga. Jangan sebelah pihak je. Lagipun bila ayah ada bersama memberi tumpuan pada pelajaran anak, pasti anak-anak rasa lebih `semangat’ sebab ayah biasanya tegas. Mak-mak pun tak lah kelam kabut seorang diri risaukan perkembangan sekolah a...

Inilah Surah Yang Sangat Ditakuti Oleh Iblis. Bacalah Setiap Malam

Image
Surah Al-Kafirun turun saat kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi SAW dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan sesiapa yang beliau kehendaki. Syaratnya Nabi Muhammad harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam kurun waktu satu tahun. Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi. Al-Kafirun juga memiliki keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan surah ini adalah adalah sebagai berikut: 1. Surah yang Sangat Ditakuti Iblis Surah Al-Kafirun juga memiliki keutamaan lain yakni menjadi surah yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya tiada surah yang sangat ditakuti Iblis kecuali surah ini. “Tidak ada dalam Al-Qur’an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhAl-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”. 2. Pahala Membaca Surahnya Adalah Sama ...

Amalkan Selawat Tafrijiyah, in sha Allah bertalu2 rezeki masuk dan 1 per 1 jalan keluar dari masalah, semuanya akan terungkai.

Image
Selawat Tafrijiyah, YANG NI siapa AMAL in sha Allah bertalu2 rezeki masuk dan 1 per 1 jalan keluar dari masalah, semuanya akan terungkai. Kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah. Antara kebaikan pengamal selawat ini Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI se...

Si Suami Bawalah Isteri Keluar Bersiar-Siar Kerana Ia Merupakan Sunnah Rasulullah SAW

Image
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan, kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja. Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik. Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan. Melalui perkongsian Da’i Wan di ...

Doa Untuk Suami Ataupun Anak Yang Suka Keluar Melepak Malam Dan Lewat Pulang Ke Rumah

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang di rahmati Allah.. Kalau anak ataupun suami kita yang suka keluar malam, merayau dan tidak tahu balik awal ke rumah. (Jenis yang tidak tahu nak balik awal). Elok diamalkan doa ini supaya mereka melekat di rumah. Jarang keluar malam melainkan ke masjid/surau menghadiri kuliah agama. Hilangkan tabiat yang tidak baik ini. Jika dibiarkan tanpa kawalan terutama anak anda mungkin akan terjebak dengan ge jala-ge jala yang tidak sehat seperti merem pit, menghi du gam dan sebagainya. Kalau anak perempuan lagi parah. Doa ini boleh diamalkan selepas solat ataupun bacakan pada minuman dan makanan dan hidangkan kepada mereka. Tambatlah anak atau suami kita dengan doa ini melainkan jika mereka keluar untuk mencari ilmu agama. Moga-mo...

APA DISEBALIK PERISTIWA GERHANA

Image
Dalam kitab النفحات المكية في الفوائد الفقهية menyebutkan bahawa alam yg wujudnya matahari bulan ini adalah satu nikmat dari Allah. 1-Apabila berlakunya gerhana, ia sebagai satu surat dari Allah bahawa nikmat tersebut akan berakhir jika tidak disertai dengan syukur. 2-Gerhana matahari berlaku 2x pada zaman baginda Nabi. Salah satunya bertepatan dengan hari kematian anak baginda Saidina Ibrahim. Apa saranan Nabi: فافزعوا إلى الصلاة ((Bersegeralah untuk solat)) Bersegeralah bina hubungan dengan Allah semula..bertaubatlah..itulah makna tersiratnya 3- APAKAH HIKMAH BERLAKUNYA GERHANA MATAHARI a-Berkata Ibnul Imad: "Menakutkan hamba-hamba kerana cahaya matahari ditahan. Untuk semua kembali taat kepada Allah. Ini kerana apabila nikmat ini disekat, maka tidak akan tumbuh tanaman, tidak akan kering buah-buahan dan terhasil proses penuaian. b-Juga dikatakan .Sebabnya kerana tajalli (menampakkan keagungan) Allah ke atas sesuatu melainkan akan tunduk seperti bukit yang tun...

Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Image
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Betulkah kenyataan tersebut? Menurut Dato’Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malahan anak sulung juga biasanya lebih cemerlang berbanding adik-beradik yang lain. Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Anak Sulung Juga Berkebolehan Memujuk Orang Lain Sehingga Mampu Mengawal Orang Lain Dan Situasi Yang Menyukarkan. Tetapi adakalanya anak sulung agak sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain terutama ibu bapa serta adik-beradik lain. Ego adalah istilah paling tepat unutk mereka. 1. Ego Walaupun mampu bertolak ansur, tetapi anak sulung sebenarnya lebih degil dan ego dalam segala hal. Dengan kata lain mereka tak mahu dipandang rendah dalam segala hal apatah lagi diperkecilkan kebolehannya. Ma...

Amalkanlah Membaca 4 Ayat al-Quran Ini, Insha-Allah Akan Hancur Ilmu Sihir di Tubuh Badan Kita.

Image
Sihir menjadi salah satu perbuatan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT. Hal ini kerana ketika seseorang menggunakan ilmu sihir untuk mencelakakan orang lain maka disaat itu ia telah mendekatkan diri kepada syaitan. Jika seseorang terkena ilmu sihir, maka orang itu akan mengalami kesakitan, masalah berpanjangan, atau bahkan boleh membawa kepada kematian. Maka orang di sekitarnya akan berusaha untuk mengeluarkan sihir tersebut melalui cara ruqyah. Ruqyah biasanya dilakukan dengan membaca ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Agar ruqyah tersebut mujarab maka kita harus membaca ayat untuk menghancurkan ilmu sihir.Oleh itu, ayat apakah yang harus dibaca tersebut? Berikut maklumat selanjutnya. Al Baqarah Ayat 102 Ayat pertama yang dapat digunakan untuk menghancurkan sihir terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 102. Allah Ta’ala berfirman: “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan s...

Ini Sebabnya Bahaya Makan Kentang Yang Dah Keluar Tunas. Ibu-Ibu Kena Baca Ni.

Image
Kentang antara bahan masakan yang selalu ada di dapur. Kegunaannya banyak, baik untuk sup mahupun dijadikan kudapan atau boleh juga dibuat inti karipap dan sebagainya lain. Ada ibu-ibu yang selalu membeli dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan bagi kegunaan di lain masa. Namun, masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah kentang yang lama dibiar tidak dimasak akan keluar tunas. Dek kerana sayang dan rugi jika dibuang begitu sahaja, ada antara ibu-ibu yang tetap memasak kentang tersebut. Tanpa anda ketahui kentang yang sudah bertunas sebenarnya boleh mendatangkan bahaya pada tubuh anda dan keluarga. Jom semak artikel ini! Awas! Boleh Sebabkan Sakit Perut Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun. Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang. Rupanya b...

KERANA GEMAR TIDUR LEWAT MALAM,INILAH 3 PENYAKIT YANG BOLEH MENYERANG ANDA.

Image
Diantara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, dia tidak suka tidur lewat. Jika tidak ada urusan penting baik tentang dakwah ataupun jihad maka ia menyegerakan tidur setelah sholat Isya ‘kemudian bangun di tengah malam atau sepertiga malam untuk shalat tahajjud atau qiyamullail. Selain memudahkan tahajjud, terbukti kebiasaan tidak tidur lewat malam juga memiliki banyak manfaat perubatan yang baru diketahui di zaman modern ini. Sebaliknya, orang yang tidur lewat malam terancam bahaya kesihatan seperti berikut: 1. Sistem Imun Melemah (anti body melemah) Tidur lewat malam terbukti mempengaruhi rosaknya sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. 2. Kencing Manis atau Diabetes Tidur lewat malam juga merosak hormon di tubuh. Akibatnya tubuh tidak toleransi terhadap glukosa kerana jumlah insulin menurun. Orang yang tidur lewat malam menjadi lebih mudah mendapat penyakit Diabetes. 3. Sakit Kepala Hingga...